Nabi s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a yang bermaksud: "Tatkala Allah menciptakan bumi,maka bumi pun bergetar.Maka Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya,ternyata bumi pun diam.Para malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut.Kemudian mereka pun bertanya: "Ya Rabbi,adakah sesuatu yang engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung?"
Allah menjawab, "Ada iaitu besi." (Kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang ternyata dibuat daripada besi)
Para malaikat pun kembali bertanya: "Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada besi?"
Allah yang Maha Suci menjawab: "Ada iaitu api." (Besi boleh menjadi cair bahkan boleh mendidih setelah dibakar dengan api)
Malaikat kembali bertanya: "Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada api?"
Allah yang Maha Agung menjawab: "Ada iaitu air." (Api yang membara macam mana pun akan padam dengan simbahan air)
"Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada air?"tanya malaikat lagi.
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab: "Ada iaitu angin." (Air di samudera akan segera terangkat,bergulung-gulung dan berombak,menghempas pantai dan batu karang,menyebabkan kapal dan perahu terumbang-ambing kerana dahsyatnya kekuatan angin)
Akhirnya para malaikat bertanya lagi: "Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada angin?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kekuatannya menjawab: "Ada iaitu amal anak adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya." (Riwayat Al-Tarmizi)
Thursday, 5 January 2012
//
Labels:
dari mata turun ke hati
//
0
comments
//
0 comments to "sebenar-benar sedekah"
Powered by Blogger.
About Me
- encik raihan
- sekadar perkongsian dunia sambil mengharapkan ia menjadi pelaburan di akhirat..
Nuffnang
Followers
sembang santai
Labels
- dari mata turun ke hati (6)
- sambil-sambilan (1)
- warna-warni hidup (5)
Popular Posts
-
Dari Aswad R.A berkata : Saya bertanya kepada Aisyah R.A,apa yang dilakukan nabi S.A.W di dalam rumah tangganya.Dia berkata, "beliau (n...
-
resepi ni aku dapat dari internet,rindu puding jagung m'sia punya pasal,terpaksa lembutkan tangan membuatnya..hoho..pastinya hasil meman...
-
salam,sejak cuti sem rasanya jarang dah aku update blog.hoho..mungkin semua ini disebabkan aktiviti yg banyak tahap gaban sampaikan tak sena...
-
salam semua!!ini blog terbaru ak..terasa mcm nk aktif jd blogger semula..sesape yg ade blog tu cpt2 lah follow k,nanti ak follow korg balik....
-
Alhamdulillah,nikmat tinggal di negara 4 musim ni memang banyak,bukan sekadar salji aje bahkan budaya dalam makanan dan minuman yg berbeza.d...
-
Andai rezeki itu milik kita maka terbitlah tanda-tanda 100 hari sebelum kematian seperti berikut. 100 hari : Ini adalah tanda pertama daripa...
-
*SOLAT ADALAH KEWAJIPAN YG PERTAMA. setelah ikhlas dan tauhid.Allah berfirman yg bermaksud: "Pada hal mereka tidak diperintahkan melain...
-
Sulaiman bin Mahran,seorang ulamak tabi'in meriwayatkan: Ada seseorang sedang duduk bersama nabi Sulaiman a.s. Tiba-tiba ada tetamu mas...
-
Iman: Assalamualaikum. Diri: Wa'alaikumsalam.Oh,encik Iman!Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejab...
-
Nabi s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a yang bermaksud: "Tatkala Allah menciptakan bumi,m...
Blog Archive
Total Pageviews

Post a Comment