apabila kematian menghampiri kita













Andai rezeki itu milik kita maka terbitlah tanda-tanda 100 hari sebelum kematian seperti berikut.

100 hari :

Ini adalah tanda pertama daripada Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yg dikehendakinya.Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma disedari atau tidak oleh mereka.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yg baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini lazat rasanya bagi mereka yg sedar dan terdetik di hati bahawa ini adalah mungkin tanda kematian,maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yg tidak diberi kesedaran atau mereka yg hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian,tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.Bagi yg sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik memanfaatkan masa yg ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yg akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 hari :

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar.Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yg tertulis nama kita akan gugur dari pokok yg terletaknya di Arash Allah SWT.Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya dia akan mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,mereka yg terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun wujudnya malaikat maut ini hanyalah seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yg akan dicabutnya.

7 hari :

Adapun tanda ini hanya kepada mereka yg diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yg tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari :

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yg akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yg sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yg terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari :

Akan berlaku sesudah waktu asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu asar keesokan harinya.

tanda akhir :

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kehadiran malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yg telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Read more


strawberi susu sayang sejati

Alhamdulillah,nikmat tinggal di negara 4 musim ni memang banyak,bukan sekadar salji aje bahkan budaya dalam makanan dan minuman yg berbeza.disebabkan sekarang musim strawberi yg melambak di sana sini dengan harga yg berpatutan dan buah yg bersaiz super,sangat berbaloi untuk membelinya..agar tidak bosan hanya sekadar makan begitu sahaja,apa kata kita cuba buat sendiri jus strawberi susu (faraulah bil halib),memang puas hati..


bahan2 :

1 blender
2.strawberi satu bekas
3.susu segar yg dalam kotak
4.gula

cara2 :

1.kalau blender tu melekat rasa bawang dan cili boleh je nak guna.hilangkan rasa dan bau yg tak sepatutnya dengan mengisar daun2 buah strawberi bersama air paip,kisar lame sikit sampai daun hancur dan insya Allah selesai masalah.

2.masukkan buah strawberi,tuangkan susu segar agak2 sepadan dgn jumlah buah,masukkan gula secukup rasa dan kisar sampai hancur dan menjadi pekat.

3.sekarang bolehlah minum sampai kembung yer,kalau nk sedap bg die sejuk dulu atau kisar masa awal2 tadi dengan ais.

Read more


sejenak bersama salji






salam,sejak cuti sem rasanya jarang dah aku update blog.hoho..mungkin semua ini disebabkan aktiviti yg banyak tahap gaban sampaikan tak senang duduk dibuatnya..tapi Alhamdulillah,aku rasa cuti sangat2 terisi dan bermanfaat..dah2,malas nk cakap banyak,tujuan update kali ini sekadar nak kongsi sedikit gambar aktiviti kemuncak cuti sem kali ini iaitu bermain salji bersama isteri tercinta,for the first time together =)










Read more


keagungan solat

*SOLAT ADALAH KEWAJIPAN YG PERTAMA. setelah ikhlas dan tauhid.Allah berfirman yg bermaksud: "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya,lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yg demikian itulah agama yg benar." (Surah Al-Bayyinah

98 : 5)

*Nabi s.a.w. melakukan bai'ah (sumpah setia) pada solat.Jabir bin Abdullah r.a. berkata,"Aku pernah bersumpah kepada Rasulullah s.a.w. untuk menegakkan solat,menunaikan zakat dan memberi nasihat setiap malam."

*Solat adalah TIANG AGAMA.

*AMALAN YG PERTAMA DIHISAB pada hari kiamat ialah solat.

*Solat berfungsi sebagai PENGHAPUS DOSA.

*Allah mengancam keras orang yg mensia-siakan solat.

*Allah memerintahkan kita untuk meminta pertolongan dan perlindungan kepadanya MELALUI SOLAT.

*Api neraka tidak akan membakar BEKAS SUJUD ORANG YG MENGERJAKAN SOLAT,waktu mereka masuk neraka atas dosa-dosa yg mereka lakukan.

*Yang membezakan orang-orang mukmin dan orang-orang munafiq pada hari kiamat ialah SUJUD.

*Solat adalah PENGHIBUR ATAU BUAH HATI Rasulullah s.a.w.

*Solat adalah WASIAT TERAKHIR Rasulullah s.a.w.

*Syaitan selalu berusaha memutuskan solat daripada manusia.


~mengasihi dengan berkongsi~


Read more


bersembang bersama IMAN

Iman: Assalamualaikum.


Diri: Wa'alaikumsalam.Oh,encik Iman!Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat.Kamu cuti ke?

Iman: Apa pula saya cuti bos,saya kan diberikan cuti.

Diri: Oh ye,lupa.Itu la,saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En. Nafsu bekerja.tapi kelam-kabut lak.Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari tu,saya teringatkan kamu.

Iman: Jadi saya boleh kembali bekerja la bos?Saya boleh ambil balik jawatan saya dari En Nafsu?

Diri: Eh,tak boleh.Saya sayang nk pecat En. Nafsu.Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi,tapi dia berjaya hiburkan saya.

Iman: Kalau macam tu lebih baik saya berundur.

Diri: Eh,jangan!Tolonglah saya,saya tak boleh kehilangan kamu berdua.

Iman: Tapi bos,kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat.Perbezaan antara kami sangat besar.En. Nafsu tu saya lihat anti sangat dengan saya.

Diri: Saya rasa serba salah la pula.

Iman: Bos boleh pilih satu je.Bos perlu mujahadah untuk pecat En. Nafsu,bos.

Diri: Saya tahu.Jauh dalam hati saya,saya memang perlukan kamu En. Iman.Iri hati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah.Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah,saya kena pecat juga En. Nafsu,tak kiralah apa yang berlaku.En. Iman,saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat,puasa,zikir,Al-Quran dan apa-apa yang patut.

Iman: Alhamdulillah,nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak.Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ni,saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah s.w.t.) sebagai muttaqin.

* أنا عبد أنا مسكين و مال غير ذكر الله


Read more


sebenar-benar sedekah

Nabi s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a yang bermaksud: "Tatkala Allah menciptakan bumi,maka bumi pun bergetar.Maka Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya,ternyata bumi pun diam.Para malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut.Kemudian mereka pun bertanya: "Ya Rabbi,adakah sesuatu yang engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung?"


Allah menjawab, "Ada iaitu besi." (Kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang ternyata dibuat daripada besi)

Para malaikat pun kembali bertanya: "Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada besi?"

Allah yang Maha Suci menjawab: "Ada iaitu api." (Besi boleh menjadi cair bahkan boleh mendidih setelah dibakar dengan api)

Malaikat kembali bertanya: "Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada api?"

Allah yang Maha Agung menjawab: "Ada iaitu air." (Api yang membara macam mana pun akan padam dengan simbahan air)

"Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada air?"tanya malaikat lagi.

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab: "Ada iaitu angin." (Air di samudera akan segera terangkat,bergulung-gulung dan berombak,menghempas pantai dan batu karang,menyebabkan kapal dan perahu terumbang-ambing kerana dahsyatnya kekuatan angin)

Akhirnya para malaikat bertanya lagi: "Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada angin?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kekuatannya menjawab: "Ada iaitu amal anak adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya." (Riwayat Al-Tarmizi)

Read more


cerita tentang mati

Sulaiman bin Mahran,seorang ulamak tabi'in meriwayatkan:


Ada seseorang sedang duduk bersama nabi Sulaiman a.s. Tiba-tiba ada tetamu masuk,lalu pandangannya terpaku kepada teman nabi Sulaiman a.s. ketika itu.Ketika tetamunya itu keluar,dia bertanya,"Wahai nabi Allah,siapakah orang yang datang menemuimu sebentar tadi?"Beliau menjawab,"Dia adalah malaikat maut."Dia berkata,'Wahai nabi Allah,daku lihat dia terus memerhatikanku,jangan-jangan dia hendak mencabut nyawaku."Maka,apa rancanganmu?"

Dia menjawab,"Wahai nabi Allah,daku mohon agar tuan sudi memerintahkan angin untuk membawaku ke pulau seberang lautan yang paling jauh."Lalu Allah mewahyukan kepada nabi Sulaiman untuk melakukannya,lalu baginda memerintahkan angin dan angin pun membawa orang itu ke tempat yang dia kehendaki.Belum lama dia tiba di tempat yang dihajati,malaikat maut pun sampai dan langsung mencabut nyawanya.

Kemudian,malaikat maut kembali menemui Sulaiman.Nabi Sulaiman bertanya,"Aku perhatikan tadi kamu ada di sini,memerhatikan temanku itu."Malaikat menjawab,"Ya,aku berasa hairan terhadapnya.Mengapa ia masih bersamamu di sini?Sedangkan aku diperintahkan mencabut nyawanya di negeri yang jauh dari sini.Ketika aku akan keluar dari tempatmu ini,lalu diperintahkan kepadaku,'cabutlah nyawanya,kerana dia sudah berada di tempat di mana aku diperintahkan untuk mencabut nyawanya,lalu aku cabut nyawanya."
(Al-Aqibah fi zikril maut,Abdul Haq al-Asyabili)

Benarlah firman Allah: "Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu." (Surah Al-Jumu'ah 62 : 8)

Read more

Powered by Blogger.

About Me

My photo
sekadar perkongsian dunia sambil mengharapkan ia menjadi pelaburan di akhirat..

Nuffnang

Followers

sembang santai

Popular Posts

free counters

Total Pageviews

Web hosting for webmasters